Kala keheningan malam menyapa
Ku tatap kelam malam nan sepi
Pilu bergema dalam hati
Terjerumus dalam belaian mati
Yang mula berganjak pergi

Badan terasa kaku memikirkan mu
Mulut berat untuk bicara jiwa-jiwa bersama doa ku
Agar kembali semula hati dan fikiran bersatu
Untuk selalu ingat diri nya dalam fikiran ku

Ku jalani walau terasa sakit
Walau dada ini terasa menghimpit
Tak dapat memeluk tika rindu bertandang
Tak dapat memiliki kerana bukan milik ku

Kerinduan dan cinta ku pendam
perlahan mulai kelam
kepedihan selalu membara dihati
Sampai bila harus ku tahan rasa ini

Sukar sekali untuk mengungkap dengan kata-kata
Hanya dengan sehelai kertas segalanya ku curahkan
Untuk sebuah ungkapan yang tak tersampaikan
Senang sedih dan terluka dihati

Kerana cinta mu sangat bererti buat ku.....


#kekurebiadapjawe