Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti akan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu hinggakan memberikanku sejuta pilu

Betapa hangatnya asmaramu membuatku terpaku
Nafasku terhenti pabila melihat kamu
Terasa pantas degupan jantungku mugkinkah hatiku milikmu jua

Ku sayang kepadamu
Kan ku abadikan dikau dalam hatiku
Suatu kenangan manis yang tak mungkin aku lupa untuk selamanya

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan bagai bahtera dilanda badai

Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai

Oh cintaku

Kan ku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar menjadi yang terindah di dalam hidupku ini.
Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu
Ketahuilah dia yang sering menyapu air matanya tatkala sendirian
Seseorang yang sentiasa bergurau senda dihadapanmu
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu
Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat dihadapanmu
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah dihadapan tuhannya

Seseorang yang sering ketawanya menceriakan harimu
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menbalut luka duka di dadanya
Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikiranya
Ketahuilah dialah seorang pertapa setia yang tidak mampu bersuara tatkala bersendirian
Ketika kamu tidur kamu boleh tutup mata, ketika kamu sedih kamu juga boleh tutup mata ketika makan
Kamu juga boleh tutup mulut, tapi jangan pernah kamu tutup hatimu kerana didalamnya pasti ada AKU.

Aku berharap kau hadir dalam mimpi disetiap tidur dan lenaku.