Dulu terasa begitu indah saat kita saling memiliki,
Aku pun merasa bahagia kerana mencintaimu,

Hari demi hari kita lewati bersama-sama,
Seakan tiada yang mampu untuk memisahkan kita,
Kerana rasa cinta yang sama sepertimu didalam hatiku.

Kini semua itu hanya menjadi kenangan,
Kerana kau telah temukan seseorang yang jauh lebih sempurna dari diriku.

Indah cinta yang dulu pernah kita lalui bersama kini telah menjadi cerita,
Cerita tentang hati yang terluka saat kau menjauh berlalu pergi dari hidupku,

Telah ku cuba membuka hati ini untuk yang lain,
Berulang kali aku berusaha  melupakan dirimu,
Tapi semakin jauh aku melupakan diri  membuat aku semakin mencintaimu.

Hari yang dulu pernah kau hiasi dengan senyumanmu
Kini hanya tinggallah hari yang penuh dengan air mata lukaku,

Dan waktu yang dulu sempat kau curahkan dengan cintamu
Kini hanya tinggal menjadi waktu yang perlahan  membunuhku.