Semakin hari aku terasa semakin  jauh
Semakin itulah hati ini semakin cinta semakin rindu

Mungkinkah rindu ini kau tidak tahu

Kerana aku telah menjauh darimu
Tapi percayalah hanya namamu yang tersimpul dalam hati ini
Tiada siapa yang mampu membuka ikatan itu kecuali dirimu

Aku tetap aku
Dan kan sentiasa menjadi diriku

Berpegang pada kata hatiku
Tidak takot akan rintangan yang mendatang
Kerana bagiku cinta kita adalah kekuatan buat diriku

Disini aku sendiri menjaga hati
Merawat luka yang begitu dalam
Aku menerimamu dengan apa yang ada pada dirimu

Cinta bukanlah bersandarkan kelebihan atau kehebatan seseorang
Kerana cinta menerima segala kekurangan dalam kehebatan seseorang

Disitulah terletaknya kehebatan cinta yang sebenar

Lupakan setiap kekurangan kerana cinta
Dan kerana cinta aku bertahan

No comments:

Post a Comment