Dia seseorang yang sentiasa tersenyum riang dihadapanmu
Ketahuilah dia seseorang yang sering menyapu air matanya tatkala bersendirian
Dia seseorang yang sentiasa bergurau dan bercanda dihadapanmu
Ketahuilah dia seseorang yang sering murung tatkala bersendirian
Dia seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu
Dia seseorang yang sentiasa kelihatan tabah dan kuat dihadapanmu
Ketahuilah dia seseorang yang sentiasa mengadu lemah dihadapan tuhannya
Dia seseorang yang sentiasa tertawa riang menceriakan harimu
Ketahuilah dia seseorang yang tatkala itu sedang membalut duka didadanya
Dia seseorang yang sentiasa memberikan hadiah kepadamu
Ketahuilah dia seseorang insan yang tidak pernah mendapatkannya
Dia seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya
Ketahuilah dialah seseorang 'pertapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala bersendirian
Ketika kamu tidur, kamu boleh menutup matamu ketika kamu sedih
Kamu juga boleh menutup matamu ketika kamu makan
Kamu juga boleh menutup mulutmu, tapi jangan pernah kamu menutup hatimu
Kerana didalamnya pasti ada AKU

No comments:

Post a Comment