Wahai cinta izinkan ku duduk di sini sendiri
Diam ku kerana menanti kedatangan mu di kalbu
Wahai angin yang menari di celahan mata hati ku

Jauh terbentang debu yang berterbangan
Menghiasi indahnya kelopak sang bunga
Ketika hati hanya sanggup berbicara dalam angan
Dimanakah cinta suci ku berada

Hujan renyai datang dan berlalu begitu sahaja
Debu berterbangan bagai dunia ini milik nya
Sesungguhnya cinta suci ada  di setiap ruang sanubari ku

Mungkinkah kau datang
Di sini aku menunggu mu
Kerana cinta suci ku milik mu

"Ya allah..Jika dia bukan milik ku, kikiskan pesona dari kedua mata dan hatiku dan Jika dia milikku, tiupkan perasaan cinta terhadapnya sebagaimana aku yang terlalu mencintainya".








No comments:

Post a Comment