Ingin ku khabarkan kepadamu bisikan ini
Yang semakin subur disiram rindu
Sungguh pada kejauhan yang memeritkan
Aku teramat rindu kepadamu

Ku lagukan melodi yang mengalun dihati
dalam irama yang menyentuh hatimu
mengiringi sendu dan sebak bersebati
Aku amat rindu padamu

Sambutlah sentuhan yang dihulur ikhlas
Untuk menghangatkan kasih yang kian membara
Agar bersemadi disetiap cebisan kenangan
Yang ingin kurungkai menjadi rantai
Lalu ku sematkan dihatimu 

Biar kilauan kasih dan rinduku
Abadi ke akhir waktu
Dalam setiap langkahku
Serat dengan kenangan

Dalam setiap pandanganku
Nampak keindahan 
Dalam setiap tuturku
Terdengar pujuk rayumu
Dalam setiap kataku
Terungkap nada cinta untukmu



No comments:

Post a Comment